Kegiatan manusia Kemusnahan_habitat

Pemusnahan hutan dan pembinaan jalan di Amazonia, Hutan Hujan Amazon.

Kemusnahan habitat yang berpunca dari kegiatan manusia termasuk penggunaan tanah untuk tujuan pertanian, rebakan bandar, pembangunan prasarana, dan bermacam-macam lagi perubahan buatan manusia kepada kecirian tanah. Degradasi, fragmentasi dan pencemaran habitat merupakan aspek-aspek pencemaran akibat manusia yang tidak semestinya melibatkan pemusnahan habitat terang-terangan, namun tetap mengakibatkan keruntuhan habitat. Penggurunan, pembasmian hutan, dan penjejasan terumbu karang masing-masing merupakan jenis-jenis kemusnahan habitat yang boleh dialami oleh gurun, hutan, dan terumbu karang.

Geist dan Lambin (2002) mentaksir 152 kajian kes mengenai kehilangan bersih liputan hutan tropika untuk menentukan apa-apa corak dalam punca-punca langsung dan tidak langsung bagi pembasmian hutan tropika. Hasilnya, yang diberi sebagai peratusan kajian kes yang mana setiap parameter mewakili faktor penting, memberikan pengutamaan kuantitatif bagi punca-punca langsung dan tidak langsung yang mana paling penting. Punca-punca langsung diguguskan menjadi kategori-kategori am iaitu perluasan pertanian (96%), perluasan infrastruktur (72%), dan pengekstrakan kayu (67%). Justeru, menurut kajian ini, penukaran hutan kepada tanah pertanian ialah perubahan kegunaan tanah utama yang menyebabkan pembasmian hutan tropika. Kategori-kategori khas pula memperluaskan pandangan terhadap punca-punca pembasmian hutan tropika yang terperinci, iaitu: perhubungan pengangkutan (64%), pengekstrakan kayu komersik (52%), pertanian tetap (48%), penternakan lembu (46%), pertanian tebas dan bakar (41%), pertanian sara diri (40%), dan pengekstrakan kayu api untuk kegunaan peribadi (28%). Daripada itu, nampaknya pertanian pindah bukan punca utama pembasmian hutan di seluruh dunia, sebaliknya perhubungan pengangkutan (termasuk pembinaan jalan raya baru) merupakan faktor langsung tunggal terbesar yang mengakibatkan kemusnahan hutan.[4]